Jumaat, 4 November 2011

Kehilangan Hayley...

Hari ni,ak menulis dengan perasaan yang sedih sebab telah kehilangan lop ear(Hayley)  yang ak sayang,tak cukup plak tu anak dia baru nak masuk 3 minggu !!!!!!!!!!!!..waaaaaaaaaaaaa...baru nak
start dah kena mcm ni.


pagi tadi sebelum sembahyang jumaat,ibu dia mati depan mata ak...kesian ak tgk,menderita dari semalam..3 hari lepas(rabu) ak letakkan diorang kat kandang luar balik sebab  anak-anak dia dah bukak mata dan cergas..tengok-tengok besok harinya ,ibu diorg dah lembik tak bergerak tp hidup lagi...kat mulut ngan kaki depan dah basah comot..

Perut Hayley dah lembik mcm arnab lepas sembelih. Sebabkan Hayley dah mcm tu,ak buat keputusan bawak dia ke klinik haiwan ..Sampai kat sana Vet check suhu dia. Dah  turun 1 celcius waktu tu..diorang syak Hayley kena racun sebab mulut dia ada tanda-tanda berbuih (basah n comot) ..Mula nya ak tak terfikir pun dia bole kena racun sebab arnab lain sihat je..Then! baru ak teringat! sehari sebelum hayley jatuh sakit ak ade sembur  aerosol Ridsect dekat sarang Semut api berdekatan kandang arnab..ya,memang tak syak lagi memang hayley kena racun,semua simptom dia fit...

..Vet cucuk untuk stabilkan balik suhu badan dia pastu bagi ubat kristal anti-racun..balik rumah terus ak bagi hayley ubat tu....waktu tu dia memang dah tak larat nak bangun..nak minum pun tak lalu....tp ak biarkan dia rehat dengan harapan dia akan elok lepas tu...

Beberapa jam lepas tu takde jugak tanda-tanda pulih,ayah ak kata dia takkan terus elok dalam sehari..tapi tengok pagi besoknya (hari ni) dah lagi teruk...ak rasa telinga dia, dah sejuk bedi...waktu tu dah tergerak hati ak kata "tak lama dah ni"....beberapa minit pastu hayley pun menghembuskan nafas terakhir...

Berserabut kepala otak ak fikirkan camne nak jaga anak dia...umur anak dia baru nak masuk 3 minggu...
Tp nasib baik kawan ayah ak ada ibu arnab baru mati semua anak dia,so dia bagi pinjam dulu..Mula-mula kenalkan dia kat anak hayley nampak okey je..takde tanda-tanda agresif...anak hayley nak menyusu pun dia tak marah,terus dia  beri anak hayley menyusu..mintaknya dapatla dia bela sampai diorg bole berdikari...amin.. (tak lalu nak ambik gambar sebab rupa dia menyayat hati)...


PERINGATAN : Kalo tak nak kena mcm ak,JANGAN sembur ridsect  benda beracun dalam 15 meter RADIUS arnab anda...nanti tak pasal-pasal arwah...padahal ak sembur kat tempat terbuka n jauh dari arnab tp kena gak..tak pe la..dugaan Allah...terima je la dengan redho.