Ahad, 18 September 2011

Asas disebalik warna genetik


 
Self Pattern Rabbit

 Pengenalan :



 Pemikiran tentang genetik dan kaitannya dengan warna boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, tetapi ia tidak perlu. Mempunyai pemahaman asas kaedah-kaedah warna umum boleh membuka program pembiakan kepada variasi yang tidak terhad untuk menghasilkan baka arnab yang terbaik. Ia membolehkan anda untuk "melanggar peraturan konvensional" Oleh itu, melihat lebih pada jenis dan kurang dengan variasi warna.
Beberapa perkara yang perlu diingat: apabila melihat arnab ada warna yang anda lihat, dan  warna   berbeza yang anda tidak nampak. Malah, setiap arnab sebenarnya dua warna! Warna-warna yang anda lihat adalah dominan, warna yang anda tidak nampak ( dipanggil "hidden") adalah resesif(kurang mendominasi). Genetik warna adalah sama  kepada setiap baka . Sebagai contoh rentetan warna untuk Siamese Sable Netherland Dwarf   sama untuk Standard Rex atau mana-mana arnab yang berwarna Siamese Sable. Kini dengan maklumat yang terdapat dalam minda kita sambung semula.

Dominan / resesif :


Saya fikir saya akan membincangkan satu cara saya menerangkan dominan / resesif untuk penternak baru, dalam hal  corak Agouti, Tan, dan Self . Teruskan bersama saya, anda mungkin terkejut bagaimana  mudahnya!
Self Pattern rabbit
Agouti rabbit
Tan rabbit


Saya akan menggunakan "orang" untuk mewakili setiap pola-pola warna ini. Ingatlah bahawa Agouti, Tan, dan Self bukan dikelaskan sebagai warna tetapi corak warna. Sebagai contoh, bagi mereka yang menjahit anda mempunyai corak anda di hadapan anda dan kemudian meletakkan bahan berwarna mengikut corak.

Mula-mula kita ada orang besar, dia akan mewakili corak Agouti. Kemudian, kita mempunyai orang yang bersaiz sederhana, dia akan mewakili corak Tan. Akhir sekali, kita mempunyai orang yang kurus yang mewakili corak Self. Okay ingat, Agouti = besar, medium = Tan, dan kurus = Self.

Jika kita mempunyai orang yang besar (Agouti) berdiri di hadapan kita, kita tidak akan tahu siapa yang bersembunyi di belakangnya. Ia dengan mudah boleh menjadi orang yang sederhana (Tan) atau orang kurus (Self) atau orang besar(Agouti) juga . 

Kita tidak tahu yang yang mana satu; kita hanya tahu bahawa kerana orang ini adalah besar, dia boleh dengan mudah menyembunyikan seseorang yang sama atau lebih kecil. Tetapi bagaimana jika kita mempunyai orang yang sederhana yang berdiri di situ? Orang besar tidak boleh bersembunyi di belakangnya, kan? Maksudnya corak Tan tidak boleh menyembunyikan corak Agouti. Orang sederhana ini hanya dapat mempunyai orang sederhana yang lain bersembunyi di belakangnya, atau orang kurus. 
Jadi arnab Tan anda boleh sama ada mempunyai lain Tan atau corak Self tersembunyi. Bagaimana pula dengan orang yang kurus? Siapa yang boleh bersembunyi di belakangnya? Tiada orang lain tetapi orang  yang kurus! Jika orang yang sederhana atau besar cuba bersembunyi di sebaliknya yang kurus  ia  tidak berlaku dan tidak boleh berlaku. Kurus (Self) tidak boleh menyembunyikan besar (Agouti) atau sederhana (Tan). Ada paham?

Soal Pembiakan:


Salah satu soalan yang paling biasa ditanya adalah "warna apa yang saya boleh biakkan arnab baru saya?" Jawapan saya sangat asas ini adalah seperti berikut: umumnya  disyorkan tidak membiak Agouti dengan AOV (Pointed White) atau kepada mana-mana arnab "Shaded", termasuk Siamese Sable Marten dan Smoke Pearl Marten kerana ini adalah kedua-duanya "Shaded Tan ". Black dan Blue  Otter dan Silver Marten boleh dibiakkan dengan Agouti.
 
Haiwan corak Tan tidak perlu dibiakkan bersama AOV (Pointed White). Kecuali Point Sable Tort, Blue Tort, dan Dilute Point Sable Saya selesa membiakan dengan semua jenis Shaded kepada Tan. Semua Shaded boleh dibiak bersama-sama. Saya suka arnab yang Black  atau Blue, kerana saya  akan biakkan Corak ini dengan mana-mana corak sekalipun .  Mengapa saya membuat pengecualian untuk Tort? Kerana Tort genetik bukan arnab Shaded. Pasti, ia kelihatan Shaded, bagaimanapun Shading dihasilkan oleh pola warna yang berbeza dan genetik haiwan Full color. Walaupun Point Sable dan Dilute Sable Point (sebelum ini dirujuk sebagai  Blue Cream) adalah haiwan genetik Shaded, mereka juga mempunyai ini Pola warna tertentu sebagai Tort, yang menghadkan pewarna Black arnab.  

Saya tidak mencadangkan pembiakan Point tort atau Sable untuk haiwan corak Tan anda kecuali anda dapat mengenal pasti kesan-kesan yang mungkin timbul.Terdapat pengecualian dibuat kepada perenggan yang sebelumnya. Sebagai contoh perasaan saya yang black atau blue boleh pergi dengan apa-apa tidak akan menjadi betul jika black menyembunyikan AOV. Membiakan Black ini dengan Agouti akan memberikan anda beberapa Agouti corak AOV (tidak diiktiraf oleh ARBA), atau pembiakan kepada Tan akan memberikan anda Tan corak AOV (sekali lagi, tidak diiktiraf). Jika Black anda telah menyembunyikan pola Shading maka pembiakan dengan Agouti juga akan menghasilkan warna yang tidak diiktiraf. Begitu juga dengan pembiakan Black Otter dengan Agouti: jika Black Otter menyembunyikan arnab Shade maka anda akan mendapat warna yang tidak diiktiraf.Dengan ini, jangan biarkan kemungkinan arnab tidak diiktiraf dalam Litter menyusahkan anda terlalu banyak.  

Terlalu banyak orang menghadkan pembiakan mereka semata-mata untuk pasangan yang dijamin menghasilkan seluruh Litter  haiwan yang diiktiraf. Malangnya, ini juga bermakna mereka mengehadkan potensi mereka untuk mencapai jenis yang terbaik daripada kumpulan mereka.Kaedah-kaedah Ruby Eyed White: REW anda tidak boleh (memang  tidak boleh berlaku) membawa (menyorokkan warna) Pointed  White atau Shaded - tidak kira berapa kali yang anda lihat ini terhadap Pedigree. Walau bagaimanapun, REW yang boleh membawa (menyorokkan) Agouti atau corak Tan. Untuk sebab ini, anda harus  berhati-hati dengan pembiakan REW. Ia tidak akan jadi dengan baik jika anda biakkan REW anda dengan Smoke Pearl  yang indah anda hanya dapat  Litter Shaded Agoutis ! Ini adalah satu contoh mengapa anda perlu berusaha untuk Memahami beberapa peraturan warna asas dan warna apa yang boleh sembunyikan warna apa. REW juga boleh membawa pola warnaTort / Sable Point .

Mempunyai kefahaman yang baik mengenai warna genetik boleh membuka seluruh dunia baru pembiakan untuk anda. Ia akan mengurangkan sekatan apabila pembiakan untuk jenis. Jika anda memahami apa warna dan corak arnab anda bersembunyi, maka anda boleh merasa lebih bebas dalam memilih pasangan pembiakan anda. Saya telah dikenali untuk melakukan pembiakan gila, tetapi saya melakukan ini dengan kesedaran apa yang harus saya lihat di dalam kotak sarang(anak yang bakal lahir). Memahami bagaimana warna terjadi bersama-sama boleh membenarkan anda untuk pilih untuk jenis, bukan  meninggalkan jenis arnab berwarna Cantik  hanya kerana ia tidak di iktiraf.


Tulisan Lisa Smith (President of the National Jersey Wolly Rabbit Club di America Syarikat)

*Diterjemah dan olahan semula oleh BKJ


Diharapkan selepas ini kita akan dapat menghasil warna dan corak-corak yang berkualiti,sama la kita usahakan ye...

Jumaat, 16 September 2011

Pokok dan buah?

Kat rumah ak ni ade satu pokok mempelam kawin..asalnye pokok mempelam telur tp dah lepas ayah ak kawin kan pokok tu tinggal KUINING dengan MACANG je yang berbuah...ak tgk pokok mempelam tu ade peningkatan dari segi bilangan buah sebanyak  20% dr sebelum ni lepas guna baja TERBAEK!..buatan arnab ak..hahahah..ni ade gambar die..tp tak nampak sngat bnyak buah  sebab angle camera tak dapat nak tangkap semua buah :P

Mempelam Cicah dengan kicap pedas sedap Ooo!!

Pastu  kat belakang rumah ak ade pokok nangka bantut...taaaapiiiii!...Size pokok je kecik,berbuah tak berenti-renti..tiap kali berbuah saiz tu memang memuaskan...16-17 kilo 1 buah...yg tak bestnye  plak disebabkan saiz die yang kecik,cume 1 buah je yg boleh dibiarkan  masak ranum,kalau banyak pokok nangka tu tak leh nak tampung..ni gambar die,tengah berbuah..beberapa minggu lg masak..nyum-nyum!

Tgh galak berbuah nangka ni..pokok ni pun gune Baja terbaek! gak

Yang ini plak Pokok Nyor (Org kuale panggil pokok kelapa "Nyor") Cabang berkembar..haha,penah tengok pokok Nyor mcm ni? tp pokok ni kepunyaan jiran depan rumah..

KL ade KLCC ,Kuale ade PNCB(Pokok Nyor Cabang Berkembar).

Ahahahaha,itu je le yang sempat ak melalut jap..ape-ape nanti ak ceritakan lg bile ade idea...mane tau kot pasni pokok langsat kuar buah Strawberry ke..Adios! *log out Blogger* :P

Photoshoot!!

Aha! ni nak cite skit...Alkisahnye.....Petang tadi ak dapat Kamera!..hahahahahah...terus ak pegi kacau arnab-arnab ak yang tengah berehat lepas puas mentekedarah evening snack..omputeh la skit..haha..mulanye ak ingtkan senang laaa nak ajak arnab tu buat photoshoot...Pasal arnab 2 ekor je pun,bukan bnyak kan..
Rupe-rupenye,separuh gile ak dibuat dorang...
Nak suruh die pose punya la susah...banyak kali ak bagitau "POSE la sket,bru Cun pic ni nak letak kat blog".
Tp dorang tak dengar-dengar jugak(dah name pun arnab,memang la..haha).
pusing punye pusing satu rumah dapat la beberapa gambar yang ak rase ok ..

OK,enjoy pic ni ;)

Memula yg Buck dulu :

Kiut tak saye?

Ehhh!?  pehal boss?


Wah!! Bunge Segar!!! YIPPIE YAI YAY!!!
Nyum-nyum..Sedapnye bunge ni..Burrp! ops!
 Ok,Doe plak :

Malu lah boss!

OK ke pose ni?

Letih arr asyik kulu kilir

Wah Ade bunge depan tu,Thankiuu Boss!





Ye,memang dua ekor tu je yng ak ade sekarang,tp hujung bulan ni ak akan angkt sepasang Baka Netherland Dwarf dr Arnab Marhaen..kaler Blue otter dengan Black otter Woooo!
Skit-skit la dulu kan? buat pe nak rush-rush terus bela bnyak-bnyak..ilmu pun baru skit..ak tak nak   naik tinggi-tinggi and then jatuh menjunam..baik buat slow-slow kan?

Tidur tak lena ,makan tak kenyang,mandi tak basah bile dah kena Kenan arnab ni Oooo,tunggu ND punye pasal..hahahhah

Dorang baru lepas ak kawinkan  mase ak buat photoshoot tu,Hopefully sebulan lg  akan kuar la benda alah warne pink tu...And membesar dgn baik..amin

Khamis, 1 September 2011

Ayah!! Adik Nak arnab tuuu!!

Saban hari ak tgk kat area ak ni makin bnyak org yg bela arnab..Hari ni ak nak tulis psal Parent yg beli arnab untk anak kecil...

Budak kecik ni pantang jumpe benda comel2,mesti nak punyer.Hari tu ak naik basikal pusing taman perumahan ak pastu tgk ade jiran yg bela 2 ekor anak arnab,dr pengamatan ak berdasarkan saiz die,mcm arnab umur 2-3 bulan.

Ak tnye anak jiran ak arnab tu sepasang ke? Budak tu kate mase beli apek jual arnab tu kate sepasang ble da smpai rumah check-check 2-2 jantan,ak pun waktu tu tgh boring dgn selambe je pegi join bdk tu men arnab kat rumah die..hahaa....Ak pun check la jantina arnab  2 ekor tu..check punye check rupa-rupanya 2-2 betina ..tp ak bkan nak ckp psal tu, cara diorang bela arnab tu..

Yaa amat terabai keperluan arnab tu..


ish ish ish..nasib baik la arnab tu tak leh nak ckp,kalo tak,tentu-tentu da kena leter tuan die..parent bdk tu letak mkn n minuman  arnab tu dlm bekas plastik cokelat yg ade jual kat supermarket...ble tumpah bekas tu pegi salahkan arnab,mcm la arnab tu reti berpikir mc tuan die. pastu biarkan je mcm tu sehari,bukan reti-reti nak betulkan blik,dah pandai beli kena la pandai jage,kesian ak tgk arnab tu..rase ak tak lame la hayat arnab tu..pastu angkat arnab guna telinga die..kesian...Cukup terabai dan terseksa...Arnab tu nak pegang pun susah psal liar semacam

Kepada Abang-abang dan Kakak-kakak diluar sana yg rase-rase nak belikan anak arnab untuk anak-anak,TOLONG fikir dua kali dulu psal kebajikan arnab tu(kebajikan arnab, HAHA), bila dah beli yg kena jage arnab tu parent,bukan anak..kena ada komitmen ble dah BELI arnab,arnab ni kena selalu gosok badan supaya die jd manja dan jinak. Jgn hangat-hangat taik ayam je.

Si anak cume tau mintak je,nak jage? tak reti lah...arnab tu pun makhluk tuhan gak,kalau terseksa die,berdosa kita..kena jage elok-elok..cube fikir kalo kite kat tempat arnab tu,mesti sedih kan?..Jadi,tolonglah fikir betul-betul sebelum belikan arnab untuk anak kecik walaupun anak tu mintak..

Buat research kat internet dulu tentang cara-cara nak  bela arnab dahulu sblum beli,biar ade ilmu pasal arnab dulu sblum beli walaupun sikit..sekurang-kurangnya tak de la angkat arnab guna telinga dia,sakit wooo......