Khamis, 11 Ogos 2011

Ini lanun baek punye

Hmm...kalo korang  renung tiap inci kat blog ak ni mesti korang perasan benda alah warne hitam tu yg dekat belah kiri blog ni...ala yg ade tengkorak disilangkan dengan serampang bersama  tongkat gembala tu..haa,nampak? bagus-bagus...(Gambar tu dah ak buang :P)

ape? mcm bendera lanun? eh tak-tak,tu bukan bendera lanun,tu lambang bendera sebuah international non-profit, marine wildlife conservation organization(mak aih,panjang nyer -.-) yg bernama Sea Shepherd ..

Apee tu SeaShepherd?
Aha! mungkin ade sesetengah  mengenali,sesetengah tidak,ye ak tau psal SeaShepherd pun dr Discovery Channel ngan Animal Planet melalui rancang bertajuk Whale Wars.Diorang menggunakan  "Vessel's"(kapal) yg bernama Steve Irwin,dinamakan semula sempena Steve irwin the Croc hunter (rase ak sume kenal sape die kan? but just incase,ak da sediakan link  whereabout steve irwin,klick je kat name die diatas)
 
SeaShepherd di nakhoda oleh Captain Paul Watson  yg merupakan pengasas Sea Shepherd Conservation Society dan diantantara yg mengasaskan  Greenpeace Foundation.


SeaShepherd adalah sebuah pertubuhan aktif yg bertanggungjawab  melindung dan memelihara hidupan marin di tempat-tempat yg mereka diburu tanpa had oleh golongan yg tidak bertanggung jawab(cth : Crew kapal nelayan jepun seperti Nisshin Maru,Yushin Maru No# dsb). 

Sea Shepherd menggunakan taktik tindakan langsung  yang inovatif untuk menyiasat, mendokumen, dan mengambil tindakan apabila perlu untuk mendedahkan dan berhadapan dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan merbahaya di laut lepas. Dengan melindungi biodiversiti ekosistem lautan kita yang rumit dan seimbang, Sea Shepherd bekerja untuk memastikan kelangsungan hidupan marin untuk generasi akan datang.
  
Kalo korang nak join Crew Sea Shepherd,rase korang bole ke tak?  hmm.. ak bg 2 saat fikir..abes!..jawapannye bolee!..tp kena layak la..korang kena apply mengikut kelayakan korang disini.

Antara risiko yg korang kena tanggung adalah Gelora lautan yg teramat dasyat,cuace sejuk melampau(nak beku smpai ke tulang yob!),makanminumtidobangun atas kapal berbulan,mati sewaktu bertugas dsb..haaa camne? sanggup ke nak wat semata2 untuk binatang? eish ak tak sanggup,korang nak  pegi la ..ade bran? haha.. :P

Sebahagian rujukan diambil dr laman Sea Shepherd

Sekian

Budak Kampung Jamuan