Isnin, 24 Oktober 2011

Lop ear dah beranak!!

Due date memang tepat,betul-betul hari isnin 17/10/2011.Pagi tu ak tengok anak Hayley(lop ear doe) dah berterabur kat lantai kandang dia.

Ak kira ada dalam 5 ekor,semua dalam saiz yang sama.Takde stillborn (whews!)
Macam-macam dugaan berlaku  lepas  hayley beranak,mula-m
ula tak reti nak menyusukan anak dia...dua tiga hari jugak la ak kena ajarkan dia menyusukan anak dia.Bila dah reti menyusu,badan dia plak tak buat susu.3 ekor je yang dapat menyusu,2 ekor lagi berlapar sampai besok harinya.
pastu terpaksa la ak gilir-gilirkan anak dia menyusu smpai la hari ke-enam,3 ekor anak dia yang paling kecik nampak lemah sangat..Nak menyusu pun susah yang 2 ekor lg plak cukup sihat..bulat-bulat je badan diorg.

Rase ak tak dapat hidup la yang 3 ekor tu ..dah 2 hari tak dapat nak menyusu sampai kenyang dan ibu dia pun abaikan diorang.Salah  sekor dari 3 tu kaki dia rabak,teruk jugak luka dia tp ak tak tau la ibu dia gigit atau terpijak.
Harap-harap kelahiran akan datang  dia dapat la jaga anak dia elok-elok.
 
Thankiu pada abang hamdi arnab marhaen sebab sudi menurunkan ilmu beliau pada ak tak kira waktu.hampir tiap hari ak tnya  dia macam-macam tp dia cool je..tiap kali ak tnya tiap kali tu jugak dia akan membalas pertanyaan ak..Time kasih bnyak-banyak sifu!! 

umur 8 hari,3 dari kanan tu tak cukup menyusu


My favorite kit!!




Dalam Cage,sebelum ni diorg duk kandang luar rumah